Wednesday, May 9, 2012

Nenek dan kacangnya!




Senyum biri-biri(“-“)
Part 1

Al-kisah di zaman dulu kala,ada seorang nenek tua yang sudah tiada gigi tinggal bersama cucu perempuannya yang diberi nama Peah sempena nama artis kegemarannya ibu tirinya,Rapeah Buang.

*Pada suatu hari yang agak panas,tanda hujan nak turun..

Si cucu membawa pulang kekasih hatinya untuk dipromotekan kepada nenek kesayangannya itu..si jejaka yang xberapa nak tampan diajak masuk oleh si Peah tadi,kelihatan neneknya tiada di ruang tamu.Peah pun berkeliaran lari mencari  neneknya di setiap sudut rumah dan setiap 10 buah bilik rumah mereka.*Bayangkanlah betapa besarnya pondok usang anak-beranak itu.Si jejaka pula sabar menunggu ketibaan nenek tua Peah sambil matanya tertumpu pada semangkuk kacang di atas meja ruang tamu rumah itu.Perutnya  sudah menyanyikan lagu *dendang perantau* alunan suara  Allahyarham seniman P.Ramlee kerana sudah terlalu kebulur.Dengan sepantas kilat dan petir tangannya terus menyambar kacang-kacang tersebut dan mengunyahnya perlahan-lahan.Sambil menunggu nenek Peah,si jejaka tadi bermain dengan kacang-kacang itu dicelah giginya dengan girang.Terasa sedap pulak bila deperlakukan begitu.*tak gitu??

Setelah habis kacang-kacang itu dikunyah,akhirnya Peah dan neneknya pun keluar ke ruang tamu.Berlaku sedikit dialog diantara nenek dan si jejaka itu.

Nenek:”Cu,mintak maapla nek kat belakang tadi tengah duk pakai inai.Teringin pulak bila dah  tua-tua nie nak berinai.Dulu masa kahwin,nek xsempat nak berinai…

Si jejaka:”Eh kenapa pulak gitunya.*Dalam hati ja sambil ketawa geli hati.Oh!tak mengapalah nek,cucu paham."

Nenek:”Baguslah kalau kamu paham.Kamu dah lulus fasa pertama.Ekeke.”

Si jejaka:”Alhamdulillah la neknya…”

Nenek:”Eh Peah mana kacang-kacang dalam magkuk ni yang nenek dah buangkan lepas hisap coklat-coklat yang melekat kat kacang too.Maklumlah cu,nenek dah tua ganyot..gigi pun tak dak nak tokak lumat-lumat kacang tu semua.Hisap coklatnya pun sedap jugak.”*nenek tersebut mengexplain kepada si jejaka pilihan Peah itu.

Si jejaka:*Perut rasa berputar macam tayar trekta dan trekianya pun rasa nak terkelur.werkk..



love,peace and respect

Tuesday, May 8, 2012

 aku berusaha menjadi solehah


*aku berusaha menjadi solehah,aku inginkan hidayahMu Ya Allah,aku berusaha menjadi yang terbaik kepada semua orang*

*bertudung litup melabuhi dada*

*menundukkan muka semasa berjalan*

*sopan-santun ketika berbicara*

*menghormati ibuku yang satu di dunia*

*menyayangi semua saudara Islamku*

NAMUN

aku masih seperti aku,masih seperti ini
wanita yang lemah yang mudah dihasut bisikan syaitan.
Niat itu ada,namun entah bila aku mahu berubah..

WALAUPUN

luaran aku begini,namun dalaman aku hanya Tuhan yang tahu,
tak perlu aku ungkapkan
hanya 
mendorong aku untuk menjadi riak,ujub dan takbur..

BIAR

Allah sahaja yang mengadili segala amalanku..







love,peace and respect