Thursday, October 6, 2011

Bayar la hutang awak..






*bila orang mintak kita nak pinjam duit kita kasi,bila kita nak mintak duit hutang too rasa berat mulut sgt kn??ari2 kita berharap dia ingat la hutang dia too..mintak2 bayar balik..walau harga sebungkus nasi pun.Tapi,kadang2 kita redha ja kan..dia tengah susah,angap ja sebagai sedekah.dapat jugak pahalanya..Dorang ingat kes hutang nie kes ringan kot.Nanti bawak sampai akhirat sana...kalaulah dorang tahu...akibat hutang nie:
    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

love,peace and respect

0 comments:

Post a Comment